Semasa perayaan Tahun Baru Cina baru-baru ini,Tuan Haji Hassan Hussein selaku Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah Menengah Islam Hidayah telah mengetuai rombongan mengunjungi Sekolah Menengah Pei Chun,Pontian. Rombongan tersebut yang terdiri daripada pengetua yang baharu Puan Seri Juli Emas Wati Adnan serta barisan pentadbir sekolah Menengah Islam Hidayah telah mengucapkan “SELAMAT TAHUN BARU”kepada pihak Lembaga Pengurusan Sekolah Menengah Pei Chun dan guru-guru untuk mengeratkan tali persaudaraan antara kedua-dua buah sekolah tersebut. 

Rombongan Sekolah Menengah Islam Hidayah yang telah tiba di Sekolah Menengah Pei Chun pada 2hb Februari 2019 telah bersungguh-sungguh menghasilkan sekeping kad Ucapan Selamat Tahun Baru Cina yang besar saiznya dengan tertera tulisan dalam bahasa Mandarin yang membawa makna doa restu iaitu“Selamat Tahun Cina(Happy New year)” “Gong Xi Fa Choy” dan “Semoga segala yang diimpikan menjadi kenyataan” khasnya untuk semua warga di Sekolah Menengah Pei Chun. 

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini,warga kedua-kedua buah sekolah saling kunjung-mengunjungi untuk menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan bersama-sama. Hasil daripada kunjungan muhibah ini,kedua-kedua pihak telah berjaya menyediakan satu platform kepada guru-guru dan pelajar-pelajar untuk menerokai pertembungan budaya serta bertukar-tukar pendapat dan pandangan antara kedua-dua buah sekolah yang berlainan aliran dan sekaligus mendukung hasrat murni bagi membina sebuah masyarakat dan negara yang harmoni. 

     

 

   
© Created by 培群独中资讯处Theme contributor ALLROUNDER