【Kem Bahasa dan Budaya 2019 Zon Johor】

【Mencari persamaan dalam perbezaan】

Ajuran bersama SEK MEN PEI CHUN, PUSAT KEBUDAYAAN HAN dan DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA. Dengan sokongan besar daripada DONG ZONG dan NGF FOUNDATION.  Sebuah program yang menyemarakkan lagi perpaduan dan semangat muhibah antara kaum di Malaysia.

 

Sepanjang 3 hari 2 malam berkampung di Sek Men Pei Chun, 100 orang pelajar dari Sekolah-sekolah Persendirian Cina Johor, Sekolah Antarabangsa Sunway dan Sekolah Menengah Islam Hidayah yang terdiri daripada 3 bangsa termasuk pelajar warganegara Jepun mempelajari adat resam masyarakat Melayu dan mengenali tatacara orang Melayu dalam membuat persediaan Majlis Perkahwinan.

 

Dibawah bimbingan sepenuhnya oleh barisan tenaga pengajar yang hebat-hebat belaka seperti PROF MADYA DATO ROSLI, guru2 ASWARA ,DBP dan Pusat Kebudayaan HAN, pelajar2 menimba ilmu tentang keindahan pantun melayu, pakaian tradisional Melayu,permaianan tradisional Melayu, tarian joget Melayu, membuat hantaran perkahwinan, bunga telur dan sebagainya. Selain itu juga mempelajari tentang perbezaan antara adat resam pelbagai kaum.

 

PRACTICAL IS ALWAYS MORE IMPORTANT THAN THEORY. Program kali ini memberi peluang kepada pelajar2 untuk merasai sendiri pengalaman menyediakan majlis perkahwinan Melayu dimana mereka perlu mempersembahkan sebuah teater Majlis Perkahwinan Melayu, cinta antara Mira dan Kamal dari berputik hingga ke jinjang pelamin, pelajar2 perlu melakonkan acara merisik, bertunang, bernikah dan bersanding. Penampilan istimewa daripada pelajar kompang Sekolah Menengah Islam Hidayah juga turut memeriahkan lagi persembahan teater kali ini.

 

Rasa terhibur dan bangga apabila menonton persembahan pelajar2 cina terutamanya yang melakonkan adat istiadat masyarakat Melayu, mereka sangat fokus dan serius ketika sesi pembelajaran dan hasilnya sangatlah memberangsangkan dan membuat semua penonton begitu kagum.

 

Begitu juga ketika sesi "rewang", pelajar2 Begitu teruja ketika menyediakan bunga rampai, bunga manggar, tepak sirih, hantaran perkahwinan, bunga telur dan persediaan2 belakang tabir seperti baju pelakon, pelamin, kerusi dan meja dewan.

 

Program2 seperti ini haruslah dilestarikan lagi di semua sekolah pelbagai aliran di negara kita demi memastikan keharmonian dan perpaduan Malaysia kita. Kita lahir pelbagai bangsa dan agama, namun sebenarnya kita serupa, MENCARI PERSAMAAN DALAM PERBEZAAN adalah lebih penting daripada mencari PERBEZAAN dan membuat PEMBANDINGAN sesama sendiri. Masyarakat yang harmoni adalah masyarakat yang boleh berdiri sama tinggi, duduk sama rendah.

 

Tuhan mencipta kita daripada pelabagai bangsa dan warna kulit ada hikmahnya.

 #kembahasadanbudya2019

 

 

   
© Created by 培群独中资讯处Theme contributor ALLROUNDER